Adakah Kau Lupa

Adakah Kau Lupa

Peta Konsep

Peta Konsep

PERANAN IMAN DALAM KEHIDUPAN

7:19 AM / Posted by suhaimi /

1. Sebagai benteng daripada melakukan kemungkaran


Seseorang perlu mengerjakan segala suruhan sebagaimana ditetapkan oleh syariat Islam seperti bersembahyang, puasa dan sebagainya, dan meninggalkan segala apa yang ditegah seperti berjudi, berzina, berbohong, meminum arak, menipu dan perkara-perkara lain lagi.


2. Menenangkan perasaan daripada keluh kesah.


Orang yang berhati lurus cinta kepada kebenaran dan melapangkan dadanya untuk mempelajari Islam, yang dengan demikian itu berhak menerima petunjuk Allah. Sebaliknya orang yang bersikap benci kepada kebenaran dan dadanya sempit ketika mendengar Islam, yang dengan demikian ia berhak mendapat seksa atas kesesatannya. Allah S.W.T berfirman al-An’am : 125 yang bermaksud :


”Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman.”

(al-An’am : 125)



3. Bagi membezakan di antara orang yang beriman dan tidak.


Orang-orang beriman sudah tentu akan beramal. Tetapi orang yang beramal belum tentu lagi beriman. Dan orang yang langsung tidak beramal, lagi lemahla imannya atau langsung tiada iman. Sebab itu Allah sering mengingatkan bahawa amalan yang akan diterima Allah hanyalah amalan orang-orang yang beriman. Firman dalam surah

al-Anbiya’ : 94 yang bermaksud :


”Maka barang siapa yang mengerjakan amal saleh, sedang ia beriman, Maka tidak ada pengingkaran terhadap amalannya itu dan Sesungguhnya kami menuliskan amalannya itu untuknya.”

(al-Anbiya’ : 94)


4. Memupuk semangat suka berkorban.


Orang yang sanggup mengenepikan sebahagian dari tidurnya kerana hendak mengerjakan solat Tahajjud, adalah hamba-hamba yang baik yang telah merasai bahawa solat Tahjjud itu lebih lazat dari tidur. Sekiranya mereka terlepas mengerjakan Tahjjud, terasa bagai mereka terlepas satu peluang yang sangat menguntungkan, maka terasa rugilah dia kerana malam itu berlalu hanya untuk tidur.


5. Memastikan segala perbuatan dan amalan mengikut landasan al-Quran dan Sunnah.


Setelah mengetahui kewajipan-kewajipan berkenaan di bawah syariat, seseorang hendaklah mengamalkannya dengan penuh kesetiaan, kerelaan dan kesabaran tanpa bersungut dan menganggapnya sebagai satu beban. Pada peringkat permulaan menunaikan kewajipan sebagaimana ditetapkan oleh syariat bukanla mudah. Tetapi selepas melatih diri melakukannya maka kian lama ia akan menjadi kian mudah dan seterusnya menjadi perkara yang dapat memberikan satu kepuasan rohani dan kebahagiaan, iaitu setelah amalan-amalan berkenaan menjadi sebahagian daripada tabiat (nature) seseorang.



6. Sebagai panduan berfikir sebelum bertindak.


Manusia umpama pelita dalam kehidupan yang menyuluh jalan kehidupan yang hendak dilalui supaya manusia tidak tersalah jalan. Tanpa iman hidup akan terawang-awangan mencari kebenaran. Manusia akan menjadi bingung dalam mencari arah kehidupan.

Kenyataan di atas menunjukkan betapa pentingnya iman itu dalam memandu manusia untuk mencari kebenaran dan dengan keimanan yang ada pada diri setiap individu itulah yang akan membuatkan individu tersebut berfikir tentang baik atau buruk tindakan yang mereka lakukan.


Rujukan :

Al-Quran.

Buku Teks Pendidikan al-Quran dan Sunnah Tingkatan 4.

Pembangunan Iman dan Kekuatan Peribadi, Amin Nordin Abdul Rahman.

Hakikat Iman, Abdul Aziz Ismail.

Iman Anak Kunci Syurga, Muhd Abu Huzaifah.

Apa Perlunya Tuhan Dan Agama, Shopuan Anuar Ahmad.

Pemisah antara Iman dan Kufur, Tuan Guru Nik Abdu Aziz Nik Mat.

0 comments:

Post a Comment

RUJUKAN

Al-Quran.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Buku Teks Pendidikan al-Quran dan Sunnah Tingkatan 4.
Di Bawah Cahaya al-Quran Sepanjang Zaman, Abu Mazaya al-Hafiz.
Pembangunan Iman dan Kekuatan Peribadi, Amin Nordin Abdul Rahman.
Hakikat Iman, Abdul Aziz Ismail.
Iman Anak Kunci Syurga, Muhd Abu Huzaifah.
Apa Perlunya Tuhan Dan Agama, Shopuan Anuar Ahmad.
Pemisah antara Iman dan Kufur, Tuan Guru Nik Abdu Aziz Nik Mat.