Adakah Kau Lupa

Adakah Kau Lupa

Peta Konsep

Peta Konsep

PERJUANGAN KITA SAHABATKU

11:31 AM / Posted by suhaimi / comments (0)

Ini perjuangan kita sahabatku.......
bukan cuma perjuangan kamu atau cuma perjuanganku......

Ini perjuangan kita saudaraku...
Bukan hanya olehku atau hanya olehmu.


Ini perjuangan bersama......
Bukan perjuangan haraqah ini
bukan pula oleh aliran ini......
juga organisasi ini.......

ini jalan kemenangan kita...........!
Ini jalan yang dijanjikan Allah kepada kita !
ini jalan kemenangan ISLAM !

Penghayatan

9:55 AM / Posted by suhaimi / comments (0)

Wahai pengunjung semua,

Adalah besar harapan saya kiranya selepas kita semua membaca laman ini, akan terbit dan wujudlah penghayatan yang tinggi di dalam jiwa kita sekaligus mampu mengubah segala pendirian kita selama ini. Doa saya..

1. Marilah kita panjatkan sejuta kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpahnya kita masih mampu bernafas hingga saat ini..dan sentiasalah bersyukur sampai bila2..setiap saat dan detik.

2.Marilah sama-sama kita selalu melakukan amalan-amalan yang disukai oeh Allah bukan yang dimurkai Allah

3.Marilah juga kita berusaha masyarakat yang ada untuk berjihad sekaligus kita berjuang mendaulat dan mengangkat kalimah Allah di muka bumi ini ...
.
4. Kita hendaklah selalu redha dengan segala ketentuan Allah. Percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..

5. Marilah kita semua sentiasa bersikap sanggup mengorbankan apa jua yang kita miliki demi agama tercinta..

6. Kita juga hendaklah sentiasa menanamkan sifat sabar dan tabah dalam diri bagi menghadapi apa jua cabaran yang mendatang...Sifat sabar mampu memberikan kita ketenangan hingga membolehkan akal kita berfikir secara waras dan betul mengikut panduan al-Quran dan sunnah.

7.Akhir sekali...Marilah sama-sama kita membuat kebaikan tanpa mengira tempat dan masa

BERJUANGLAH...WAHAI UMAT MANUSIA

BERJUANGLAH...WAHAI INSAN SEMUA

BERJUANGLAH....WAHAI UMAT NABI MUHAMMAD

WALAUPUN SEHINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR..

DEMI AGAMA ALLAH YANG TERCINTA YAKNI..

ISLAM YANG AGUNG..

ALLAHUAKBAR 3X

Hubungan Iman Dengan Jihad

9:47 AM / Posted by suhaimi / comments (0)

Kesanggupan seseorang untuk berjihad di jalan Allah asalah hasil kurnian iman oleh Allah. Ia berkait rapat di antara satu sama lain. Iman sebagai asas kepercayaan atau ikrar kepada Allah, jihad pula adalah cara untuk mencapai matlamat hidup mukmin dan membuktikan kebenarann imannya. Iman menjadi panduan utama kepada cintakan jihad, sanggup mati di jalan Allah, sanggup berkorban demi apa sahaja demi jihad. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang yang sebenar-benar beriman hanyalah orang yang percaya kepada Allah dan Rasulnya ( terus percaya dengan ) tidak ragu-ragu lagi, serta berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah.Mereka itulah orang yang benar" ( Surah Al-Hujurat:15)

RUJUKAN

Al-Quran.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Buku Teks Pendidikan al-Quran dan Sunnah Tingkatan 4.
Di Bawah Cahaya al-Quran Sepanjang Zaman, Abu Mazaya al-Hafiz.
Pembangunan Iman dan Kekuatan Peribadi, Amin Nordin Abdul Rahman.
Hakikat Iman, Abdul Aziz Ismail.
Iman Anak Kunci Syurga, Muhd Abu Huzaifah.
Apa Perlunya Tuhan Dan Agama, Shopuan Anuar Ahmad.
Pemisah antara Iman dan Kufur, Tuan Guru Nik Abdu Aziz Nik Mat.