Adakah Kau Lupa

Adakah Kau Lupa

Peta Konsep

Peta Konsep

BIDANG-BIDANG JIHAD

5:56 AM / Posted by suhaimi /

Bil.

Bidang dan Cara

1.

DAKWAH

- sanggup menerangkan Islam kepada sesiapa sahaja.

- sanggup melakukan pengorbanan untuk Islam

- sanggup menegakkan hukum Allah




Dakwah pada jalan Allah akan ditentang oleh syaitan dan bala tenteranya daripada kalangan manusia , oleh itu para mukmin mestilah bersabar dalam menghadapi segala kesulitan di atas jalan dakwah. Hendaklah para pendakwah menumpukan perhatian mereka dengan kesungguhan dan tetapkan hak mereka dengan keikhlasan. Ini adalah salah satu jihad yang besar. Dengan jihad sebegini, tidaklah ia menjadikan dirinya ke dalam golongan mereka yang disebutkan oleh Allah sebagai (di dalam firman-Nya yang bermaksud ) :

" Dan diantara manusia ada orang yang berkata : kami beriman kepada Allah, maka apabila ia disakiti (kerana imannya) kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah. "
( al-Ankabut : 10 )

2.

PENDIDIKAN

- sanggup bersaing dengan bangsa lain demi kecemerlangan Islam

- menggunakan ilmu untuk kebaikan dunia dan akhirat

- mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan fardu a’in dan kifayah

- sanggup menyebarkan ilmu kepada yang memerlukan


Ilmu yang telah dipelajari dan petunjuk yang telah ditemui bukan setakat untuk kebaikkan diri semat-mata, tetapi hendaklah disebarkan kepada orang lain demi kebahagiaan mereka. Malah ianya merupakan salah satu hakikat berada di atas jalan yang benar. Firman Allah yang bermaksud :

" Dan serulah kepada Tuhanmu, sesungguhnya kamu di atas petunjuk yang lurus. "
( al-Hajj : 67 )

Oleh itu, hendaklah para pendidik dan pengkaji ilmu Islam meningkatkan ilmu pengetahuan dengan membuat kajian selaras dengan perkembangan ilmu pengetahuan pada masa kini seperti ICT, internet dan sebagainya.Demi agama dan pembangunan ummah ilmu tersebut hendaklah disebarkan untuk bersaing dengan bangsa lain supaya umat Islam tidak ketinggalan di belakang orang bukan Islam.

3.

SIASAH(POLITIK)

- menjadikan al-quran dan sunnah sebagai rujukan dalam pemerintahan

- membenarkan rakyat menyatakan kebenaran melalui saluran yang betul

- berusaha mengekalkan keamanan dan perpaduan

- mengutamakan pemimpin ilmuan yang bertakwa


4.

EKONOMI

- meningkatkan taraf ekonomi umat Islam

- membahagikan sumber ekonomi secara adil

- mengamalkan system ekonomi Islam

5.

SOSIAL

- memperjuangkan hak individu dan masyarakat mengikut syariat Islam

- mewujudkan masyarakat yang bersatu padu

- berusaha memurnikan aktiviti social

- mengutamakan hak Allah dan rasul

- mengamalkan kebudayaan Islam




6.

NAFSU

- memperbanyakkan amalan sunat dalam kehidupan

- menjauhkan diri daripada unsur2 maksiat

- menjauhi sifat2 mazmumah


Muslim dituntut untuk membangunkan kekuatan rohani dan moral untuk mengatasi segala cabaran hidup dengan penuh keyakinan. Oleh itu, Muslim perlu berjihad untuk melawan dan mengawal nafsu yang ada dalam dirinya agar tidak mendorong kepada kejahatan. Ini boleh dilakukan dengan melalukan proses pembersihan diri dari sifat-sifat yang keji dan memupuk sifat-sifat yang terpuji melalui ibadah-ibadah yang dianjurkan oleh Islam seperti membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa, bersedekah dan mengamalkan adab yang mulia dalam tingkah laku sosial. Jihad ini sebenarnya mendahului segala bentuk jihad yang lain termasuk jihad bersenjata kerana sukar sekali untuk seseorang itu melakukan kerja-kerja kebaikan dan pengorbanan yang besar di jalan Allah Taala jika nafsu menguasai dirinya dan hatinya kosong dari keikhlasan.

0 comments:

Post a Comment

RUJUKAN

Al-Quran.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Buku Teks Pendidikan al-Quran dan Sunnah Tingkatan 4.
Di Bawah Cahaya al-Quran Sepanjang Zaman, Abu Mazaya al-Hafiz.
Pembangunan Iman dan Kekuatan Peribadi, Amin Nordin Abdul Rahman.
Hakikat Iman, Abdul Aziz Ismail.
Iman Anak Kunci Syurga, Muhd Abu Huzaifah.
Apa Perlunya Tuhan Dan Agama, Shopuan Anuar Ahmad.
Pemisah antara Iman dan Kufur, Tuan Guru Nik Abdu Aziz Nik Mat.