Iman merupakan kurniaan Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih dan ia merupakan nikmat paling besar dan tiada tolak bandingannya serta tidak dapat dinilai dengan harta seisi dunia. Antara cara menjaga iman adalah :
1. Menjauhi amalan2 yang boleh membatalkan iman sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya : Daripada Sufian bin Abdullah r.a berkata : aku telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w : wahai Rasulullah : ajarkanlah aku mengenai satu ajaran agama Islam yang tidak perlu lagi aku bertanya orang lain mengenainya, Rasulullah s.a.w bersabda : katakanlah sesungguhnya aku beriman kepada Allah kemudian teruskanlah dan sempurnakanlah kepercayaanmu hingga ke akhir hayat.
( Riwayat Muslim )
Setiap muslim hendaklah menjauhi amalan-amalan atau perkara yang boleh membatalkan iman. Di antara perkara-perkara yang membatalkan iman ialah syirik,khurafat, kufur dan sebagainya. Syirik bermaksud menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatan. menyembah patung, percaya batu boleh mengubah nasib seseorang, memakai tangkal azimat dan sebagainya.Khurafat pula bermaksud kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhiddan syariat
2. Sentiasa menjaga batas-batas hukum Allah sebagaimana firman Allah :
Sebagai seorang muslim dan mukmin, kita hendaklah menjaga batas-batas hukum yang telah ditetapkan oleh Allah. Di antaranya menjaga Batas pergaulan sesama kita di antara lelaki dan perempuan, menjaga mata, hati, lidah dan sebagainya darimelakukan maksiat dan kemungkaran di atas muka bumi ini.
3. Selalu mengingati kematian sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang :
Maksudnya :
( Riwayat al-Tirmizi )
Keseronokan hidup di dunia akan tergugat dengan datangnya Izrail yang mencabut roh dari jasad dan berakhirlah segala kenangan mengenai si polan yang dikasihi. Mati membuktikan kepada manusia bahawa sebenarnya ia tidak pernah memiliki sesuatu pun. Mati juga membangunkan kita daripada angan-angan yang panjang mengenai nikmat hidup yang tak bererti tanpa sifat berkekalan. Selain itu juga mati akan menambah kekuatan iman seseorang muslim tersebut diman apabila kita sentiasa mengingati akan membuatkan kita takut untuk melakukan maksiat dan kejahatan kerana mati akan hadir tanpa diketahui bila masanya.
4. Segera bertaubat apabila melakukan kesalahan sebagaimana firman Allah :
Taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat. Taubat marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hamba-Nya agar mereka dapat kembali kepada-Nya. Sesungguhnya Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada hamba-hambanya supaya mereka menginsafi kesalahan dan kemungkaran yang mereka akukan dan kembali ke jalan yang benar.
0 comments:
Post a Comment