a) Rasulullah saw bersabda : “Berjihadlah menetang kaum musyrik dengan harta-harta kamu dan dengan jiwa-jiwa(nyawa) kamu dan dngan lisan-lisan kamu”
Hadis ini dengan jelas menggesa kaum muslimin agar mengambil berat ke atas jihad dalam pelbagai bentuk sama ada dengan harta benda, nyawa ataupun dengan cara lain yang berkesan seperti dengan lisan dan pen yang kini disifatkan sebagai jihad menerusi media massa dan bahkan dengan teknologi maklumat.
b) Rasulullah saw bersabda : “ Barangsiapa membekalkan nafkah pada jalan Allah swt maka akan ditulis baginya tujuh ratus kali ganda”
Hadis ini menyatakan tentang fadhilat membekalkan harta benda bagi keperluan jihad. Ia juga sekaligus sebagai bukti ke atas peranan penting harta benda yang seharusnya tidak diabaikan bagi membuat persediaan di dalam peperangan dan juga di dalam apa pun bentuk perjuangan.
0 comments:
Post a Comment