Adakah Kau Lupa

Adakah Kau Lupa

Peta Konsep

Peta Konsep

Bentuk Pengorbanan

8:38 AM / Posted by suhaimi /

Kesemua jihad yang dinyatakan memerlukan kepada pengorbanan yang tinggi. Umat Islam diminta untuk mengorbankan sesuatu yang diayangi demi mencapai dan memperolehi kejayaan yang hakiki di dunia dan akhirat.Berikut merupakan bentuk pengorbanan yang harus kita lakukan demi agama tercinta iaitu Islam :

1.DIRI ATAUPUN NYAWA

Inilah yang diistilahkan di dalam al-Quran al-Qital dan yang dimaksudkan oleh ulama Fekah. Kesanggupan untuk mengorbankan nyawa dan syahid demi agama yang tercinta yakni Islam. Jika semua umat Islam bersikap begini, nescaya agama kita akan sentiasa dipandang tinggi dan dihormati.

2. MASA

Memperuntukkan masa untuk melakukan jihad amat dituntut. Jika seseorang ingin melakukan sesuatu jihad tetapi dia tidak mempunyai kelapangan masa yang ada, maka akan menjadi sia-sia juga. Sebaik2nya seseorang itu hendaklah memperuntukkan sebanyak masa yang ada untuk berjuang menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

3. HARTA

Bentuk pengorbanan ini selalu diulang di dalam al-Quran mengenai kesanggupan seseorang untuk mengorbankan dan mengeluarkan harta pada jalan Allah sebagaimana yang telah dilakukan oleh sebahagian besar sahabat Rasulullah dahulu seperti Abdul Rahman Bin Auf dan ramai lagi.

4. TENAGA

Bentuk keempat adalah tenaga. Setiap jihad yang dilakukan memerlukan tenaga iaitu kekuatan rohani dan jasmani. Kedua-duanya saling berkait rapat dan mesti selari. Kemantapan rohani dan jasmani akan meningkatkan lagi semangat jihad yang tinggi dalam diri seseorang.


Selain itu juga, kita sebagai umat Islam hendaklah membela tanah air, jiwa dan harta benda kerana ia merupakan satu kewajipan ke atas setiap Muslim. Musuh-musuh Islam pula sentiasa berkeinginan untuk menceroboh wilayah kedaulatan negara Islam, mengusik jiwa kaum Muslimin agar mengikut cara hidup dan budaya mereka bahkan selalu tamak dan ingin merampas dan mengeksploitasi kekayaan dan harta kaum Muslimin. Di sinilah terletaknya kepentingan jihad menerusi apa sahaja cara bagi melindungi hak-hak kaum muslimin, nyawa dan jiwa mereka serta tanah air daripada sebarang unsur serangan yang dilancarkan oleh orang-orang bukan Islam.

Allah S.W.T telah memberikan garis panduan kepada kaum Muslimin untuk mempertahankan jiwa, harta dan tanah air daripada serangan musuh. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

" Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah terhadap prang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan), kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. "
( al-Baqarah : 109 )



0 comments:

Post a Comment

RUJUKAN

Al-Quran.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Buku Teks Pendidikan al-Quran dan Sunnah Tingkatan 4.
Di Bawah Cahaya al-Quran Sepanjang Zaman, Abu Mazaya al-Hafiz.
Pembangunan Iman dan Kekuatan Peribadi, Amin Nordin Abdul Rahman.
Hakikat Iman, Abdul Aziz Ismail.
Iman Anak Kunci Syurga, Muhd Abu Huzaifah.
Apa Perlunya Tuhan Dan Agama, Shopuan Anuar Ahmad.
Pemisah antara Iman dan Kufur, Tuan Guru Nik Abdu Aziz Nik Mat.