Adakah Kau Lupa

Adakah Kau Lupa

Peta Konsep

Peta Konsep

KONSEP IMAN DAN JIHAD MENURUT ISLAM

5:42 AM / Posted by suhaimi /

Jihad dari segi bahasa berasal daripada perkataan arab iaitu Jahada yang bermaksud keberatan dan kesusahan. Maka dapat difahami bahawa jihad itu bererti mencurah daya dan tenaga dalam mencapa suatu matlamat atau cita2 sama ada yang mulia ataupun tidak. Ia juga boleh disebut qatalahu muhammatan ad-Din yakni menyerang ataupun membunuh musuh kerana membela agama. Firman Allah berbunyi:



Ibnu Mansur mendefinisikan jihad sebagai satu usaha untuk memerangi musuh, mencurahkan sekuat kemampuan dan tenaga berupa perkataan, perbuatan atau segala yang dimiliki.


Di dalam kamus al-Munawwir, Ahmad Warson menafsirkan perkataan jihad sebagai kegiatan mencurah segala kemampuan. Jika diambungkan dengan perkataan fi sabilillah maka maknanya bererti berjuang, berjihad dan berperang di jalan Allah. Dengan itu, perkataan jihad bererti perjuangan.


Penulis al-Takrifat menyebut jihad sebagai seruan kepada agama yang haq dengan nilai2 kebenaran.

Di dalam kamus dewan pula disebutkan bahawa jihad adalah perang suci melawan orang2 kafir kerana mempertahankan Islam, perang sabil.


Manakala, jihad menurut istilah ialah memcurahkan seluruh kekuatan dan keupayaan di dalam menolak kejahatan bagi mendapatkan kebaikan.


Pengertian jihad tidak hanya terhad kepada menumpukan kekuatan untuk mempertahankan diri daripada sebarang serangan dan tipu daya musuh. Sebaliknya ianya juga merangkumi semua aspek sama ada yang bersifat ucapan atau prbuatan yang diusahakan sepenuhnya untuk menentang musuh, melindungi harta benda, menginfaqkan harta benda ke jalan Allah, berani menyatakan kebenaran di hadapan penguasa zalim dan juga memerangi syaitan dan hawa nafsu.


Menurut Abu Mazaya al-Hafiz takrif jihad yang paling sederhana namun cukup lngkap adalah “ menumpukan sepenuh kemampuan dan usaha maksimum untuk berjuang menegakkan agama menerusi pelbagai cara yang dibenarkan sama ada menggunakan ucapan, perbuatan, harta benda bahkan jiwa dan nyawa sekalipun.Perjuangan yang dimaksudkan pula merangkumi segala macam usaha untuk menentang nafsu, syaitan, kekufuran, kemunafikan mahupun semua bentuk kezaliman.


Iman adalah kepercayaan atau tasdik yang kukuh melalui pengucapan lidah dan kepercayaan dalam hati terhadap al-Quran, kepercayaan kepada Rasul, kepercayaan kepada Kitab-kitab, kepercayaan kepada Hari Akhirat, dan kepercayaan kepada Qada dan Qadar, baik buruk dari Allah. Iman juga disebut sebagai akidah yang teguh terhadap semua ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang tidak boleh diubah atau dipisah-pisahkan dari keyakinan seseorang itu.

Pengertian Iman dan Aqidah seperti yang tersebut diatas adalah berdasarkan kepada pernyataan berikut :

Firman Allah dalam surah al-Baqarah :256 yang bermaksud :


"Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, Maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."



Rujukan :
Al-Quran
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Buku Teks Pendidikan al-Quran dan Sunnah Tingkatan 4.
Di Bawah Cahaya al-Quran Sepanjang Zaman, Abu Mazaya al-Hafiz.


0 comments:

Post a Comment

RUJUKAN

Al-Quran.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Buku Teks Pendidikan al-Quran dan Sunnah Tingkatan 4.
Di Bawah Cahaya al-Quran Sepanjang Zaman, Abu Mazaya al-Hafiz.
Pembangunan Iman dan Kekuatan Peribadi, Amin Nordin Abdul Rahman.
Hakikat Iman, Abdul Aziz Ismail.
Iman Anak Kunci Syurga, Muhd Abu Huzaifah.
Apa Perlunya Tuhan Dan Agama, Shopuan Anuar Ahmad.
Pemisah antara Iman dan Kufur, Tuan Guru Nik Abdu Aziz Nik Mat.