Adakah Kau Lupa

Adakah Kau Lupa

Peta Konsep

Peta Konsep

Kelebihan Berjihad Di Jalan Allah

9:12 AM / Posted by suhaimi /

Jihad adalah brtujuan untuk meningkatkan kalimah Allah S.W.T untuk memastikan hidayah dan kebenaran berdiri di atas muka bumi ini.Berjihad adalah lebih afdal daripada melakukan perkara-perkara sunat seperti melakukan ibadat Haji dan umrah sunat dan sebagainya. Allah S.W.T menjelaskan secara terperinci di dalam al-Quran mahupun hadis mengenai kelebihan orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T iaitu :

1. DIBAYAR DENGAN GANJARAN SYURGA

Firman Allah S.W.T :

Maksudnya : " Sesungguhnya Allah S.W.T telah membeli dari orang yang beriman akan jiwa mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah, maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh "
Surah Al-Taubah

Firman Allah S.W.T diatas telah menjelaskan kepada kita tentang keutamaan berjihad di jalan Allah S.W.T. Sesiapa yang berjihad pada jalan Allah S.W.T maka layak ke atas dirinya untuk msauk ke Syurga dengan mendapat darjat yang sangat tinggi.

2.MENJADI SEBAIK2 MANUSIA

Sabda Rasulullah s.a.w :

Maksudnya : " Daripada Ibnu Abbas r.a berkata : bahawa nabi s.a.w bersabda : sukakah kamu aku ceritakan mengenai lelaki yang paling baik? lelaki yang menunggang kuda pada jalan Allah........... "
Riwayat At-Tirmizi

Dengan berjihad pada jalan Allah S.W.T sesungguhnya seseorang Muslim itu akan menjadi sebaik-baik manusia. Melalui jihad melawan nafsu contohnya, seseorang Muslim itu akan cuba untuk menahan dirinya daripada melakukan maksiat dan godaan syaitan yang cuba untuk membawanya ke jalan kerosakan dengan mentaati Allah S.W.T dan meninggalkan segala larangan-Nya.

3.MENDAPAT KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH

Firman Allah :

Maksudnya : "Iaitu beberapa darjat (kelebihan) daripadanya dan keampunan serta rahmat belas kasihan dan (ingatlah) adalah Allah Amat Pengampun lagi Amat Mengasihani."
(Surah an-Nisa': 95 - 96)

Telah dijanjikan oleh Maha Pencipta seluruh alam semesta kepada orang-orang yang berjihad pada jalan-Nya dengan keampunan daripada-Nya.Menurut Abu Mazaya Al-Hafiz dalam bukunya Di Bawah Cahaya Al-Quran Sepanjang Zaman, mengatakan bahawa orang yang berjihad bagaikan orang yang berpuasa dan solat malam sepanjang masa sehinggalah ia kembali berjihad.

4.MENDAPAT GANJARAN PAHALA YANG BESAR

Firman Allah :

Maksudnya : "Maka Kami akan berikan kepadanya pahala yang sangat besar."
(Surah an-Nisa': 74)


Sesungguhnya itulah janji Allah S.W.T kepada hamba-hamba-Nya yang berjihad pada jalan-Nya. Janjinya ialah dengan memberikan ganjaran pahala yang amat besar kepada Muslim yang berjihad. Adalah menjadi satu kerugian kepada Muslim yang tidak berjihad pada jalan Allah S.W.T. Sesungguhnya orang yang berjihad itu menjunjung tinggi kalimah Allah dan menyebarkan agama Islam dan ianya sangat penting bagi kesejahteraan dan kebahagiaan manusia itu sendiri di dunia dan akhirat.

0 comments:

Post a Comment

RUJUKAN

Al-Quran.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Buku Teks Pendidikan al-Quran dan Sunnah Tingkatan 4.
Di Bawah Cahaya al-Quran Sepanjang Zaman, Abu Mazaya al-Hafiz.
Pembangunan Iman dan Kekuatan Peribadi, Amin Nordin Abdul Rahman.
Hakikat Iman, Abdul Aziz Ismail.
Iman Anak Kunci Syurga, Muhd Abu Huzaifah.
Apa Perlunya Tuhan Dan Agama, Shopuan Anuar Ahmad.
Pemisah antara Iman dan Kufur, Tuan Guru Nik Abdu Aziz Nik Mat.